Lagi info menarik tentang Pak Lah yang aku petik dari akhbar Kosmo!
Jiwa politik sebenar.
- Selama tiga tahun Datuk Seri Abdullah digugurkan daripada kabinet kerana menyokong Team B yang membentuk parti serpihan UMNO, Semangat 46.
- Team B terdiri daripada pengikut Tengku Razaleigh dan Tan Sri Musa Hitam manakala Team A menyokong Dr. Mahathir.
- Tempoh itu bermula dari Mei 1987 sehingga 15 Mac 1991.
- Ia menjadi detik paling getir dalam hidup Datuk Seri Abdullah. Ini kerana beliau tidak mempunyai apa-apa pekerjaan termasuk perniagaan. Selepas menceburi politik, Datuk Seri Abdullah tidak pernah melakukan sebarang kerja kecuali berpolitik.
- Dalam tempoh ini, segala kemudahan termasuk elaun sebagai ahli Parlimen dan wang pencen sebagai Menteri telah ditarik balik.
- Era itu disifatkan sebagai cuti sabatikal yang panjang.
- Satu-satunya rumah yang diduduki Datuk Seri Abdullah di Bangsar terpaksa dijual untuk menampung keluarga.
Dipetik dari akhbar Kosmo! 2 April 2009
No comments:
Post a Comment