i
Akulah sang buaya
Mendiami lubuk dalam
Kawasan yang agak menggerunkan
Sesiapapun tidak berani datang ke tempatku
Mereka yang mencari maut dan sudah puas hidup sahaja yang akan muncul
Tetapi itu dulu
Sewaktu zaman gagahku
Kini aku tidak lagi memburu mangsaku
Sebaliknya aku pula yang diburu
Mereka mahukan dagingku dan kulitku
Baru aku tahu siapa yang lebih ganas dari ku.
ii
Aku sang ikan
Dulu aku bebas berenang di sungai ini
Bersama rakan dan keluarga yang aku sayangi
Akulah sumber protein kepada mereka di atas sana
Tanpaku tak berlauklah mereka
Tetapi semuanya sudah berlalu
Aku tidak dapat berenang sebebas dulu lagi
Kini aku berenang untuk menyelamatkan diriku
Dari letupan dan kimia terbuang
Ku sangkakan mereka hanya tahu merosakkan habitat mereka sahaja
Rupanya mereka sanggup memusnahkan semuanya
Demi keuntungan mereka.
No comments:
Post a Comment