Pengikut dan Ex-smgrian

Wednesday, April 8, 2009

Persahabatan datuk Datuk Seri Abdullah dengan datuk Tun Mahathir

Datuk Pak Lah, Sheikh Abdullah Fahim telah mengenali datuk kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad sejak tahun 1920-an. Perkenalan mereka bermula ketika kedua-duanya bertemu dalam satu pelayaran pada tahun 1921. Dalam pelayaran di atas kapal Rajula itu, Abdullah Fahim yang merupakan seorang ulama telah berkenalan dengan datuk Tun Mahathir yang merupakan seorang ahli perniagaan.

Oleh kerana hubungan mereka rapat, ahli perniagaan yang menetap di Pulau Pinang itu telah menjadi murid kepada Abdullah Fahim secara sambilan. Menyedari kehebatan ilmu rakannya, ahli perniagaan itu turut memberi kepercayaan kepada Abdullah Fahim untuk mengajar bapa Tun Mahathir, Mohamad Iskandar ilmu-ilmu berkaitan Islam.

Dipetik dari akhbar Kosmo! terbitan 2 April 2009.

No comments: