Pengikut dan Ex-smgrian

Wednesday, April 8, 2009

Panorama Sabah - Restoran Kampung Nelayan

Restoran Kampung Nelayan Floating Seafood terletak di Taman Tun Fuad di kawasan Luyang, Kota Kinabalu. Konsep restoran ini sama dengan restoran Nelayan Titiwangsa di Kuala Lumpur. Merupakan restoran terapung yang menyajikan makanan laut dan diselitkan persembahan kebudayaan.


Makanan laut yang bakal menjadi ‘mangsa’ kami.

Hidangan yang telah pun sampai untuk dikerjakan. Aku suka dengan Udang Bermentega, tengah cari resepinya nak suruh orang rumah aku masak.




Beberapa persembahan kebudayaan kaum-kaum di Sabah.

Para pengunjung turut dijemput untuk menarikan tarian Magunatip (tarian apit). Bebaik kome weh, takut terapit kaki.

Untuk maklumat lanjut dan sekiranya ingin membuat tempahan di restoran ini, sila Klik Sini.

No comments: