Pengikut dan Ex-smgrian

Wednesday, April 8, 2009

Panorama Perak - Tempat Makan Istimewa di Perak

Setelah puas menghidangkan kepada anda tentang keindahan panorama di Negeri Sabah, kali ini aku ingin menyenaraikan beberapa tempat makan yang istimewa di Negeri Perak.

Restoran Doli Taiping.
Terkenal dengan kueytiaw gorengnya. Dahulunya hanya sebuah gerai di tepi jalan kini menjadi sebuah restoran ala-ala restoran makanan segera. Alamat Restoran Doli ialah di No. 5, Regat Tupai, Taiping Perak.

Restoran Mee Rebus Ramli.
Terdapat tiga cawangan di Ipoh iaitu di No. 767, Jalan Kuala Kangsar, di Jalan Raja Ekram dan di Taman Perpaduan Ulu Kinta, Perak. Terkenal dengan kelazatan mee rebusnya dan juga nasi ayam.

Mee Banjir Udang Mak Teh.
Sesiapa yang nak makan udang besar-besar bolehlah berkunjung ke restoran Mee Banjir Udang Mak Teh. Kenapa ia digelar sebagai mee banjir udang? Kerana mee tersebut dibanjiri dengan udang-udang segar. Mee Banjir Udang Mak Teh terdapat di Batu 9 1/4, Kg, Tebuk, Jalan Madang, Taiping, Perak.

Restoran Laksamana Cheng Ho
Ingin menikmati makanan Cina tetapi sukar mendapati restoran yang halal? Apa kata berkunjung ke restoran Laksamana Cheng Ho yang menyajikan sajian makanan Cina, Melayu dan Barat. Terletak di No. 137, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown, Ipoh, Perak. Aku suka dengan nasi bersama daun saderi dan daging lada hitamnya.

Semua gambar-gambar yang aku paparkan adalah diambil daripada internet dan bukannya dirakamkan oleh aku, harap maklum.

No comments: