Pengikut dan Ex-smgrian

Tuesday, April 28, 2009

Panorama Perak - SM Bukit Merchu, Kuala Kangsar


Dalam bulan Januari 1969, sebuah sekolah menengah aliran pengantar Melayu telah dibina di Jalan Kenas, Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan. Sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Kenas, Kuala Kangsar, Perak yang menampung pelajar dari Tingkatan Satu hingga Tingkatan Tiga.

Pada masa itu, sekolah ini cuma mempunyai tiga blok bangunan yang menempatkan bilik darjah, bilik Sains Rumah Tangga (SRT), bengkel Seni Perusahaan, pejabat dan kantin. Sekolah ini telah membuka kelas Tingkatan Empat aliran Sastera pada tahun 1973. Dalam tahun yang sama, ia mendapat dua blok bangunan baru dua tingkat yang terdiri daripada enam bilik darjah, tiga makmal sains, sebuah perpustakaan dan dua bilik SRT.

Pada tahun berikutnya, sekolah ini telah mula menjalankan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan pada tahun 1975, ia telah menawarkan kelas Tingkatan Empat aliran Sains. Pada 19 Ogos 1976, nama sekolah ini telah ditukarkan dengan rasminya kepada Sekolah Menengah Bukit Merchu. Ia telah sempurna dirasmikan oleh Almarhum Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Idris Al-Mutawakil Alallahi Shah ibni Sultan Iskandar Shah Kaddasallah. Nama sekolah ini diambil sempena nama sebuah bukit kecil yang mana terletak di atasnya istana lama Paduka Sultan yang dipanggil Istana Merchu.

Sumber: Sinar Harian

No comments: