Pengikut dan Ex-smgrian

Tuesday, April 28, 2009

Panorama Perak - Kuala Kangsar

Resort Sungai Perak, imej dari albumkhas.blogspot.com

Resort Sungai Perak


Resort Sungai Perak beroperasi pada 4 April 2000 di bawah pengurusan Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK). Kewujudan Resort Sungai Perak ini bertujuan untuk menyediakan kemudahan penginapan kepada pelancong yang mengunjungi Bandar Diraja Kuala Kangsar. Dengan kedudukan yang begitu strategik di pesisiran Sungai Perak dan berhampiran Jambatan Sultan Abdul Jalil ia akan dapat menarik minat pengunjung terutamanya pelancong dalam dan luar negara.

Kolam Renang Kuala Kangsar

Kolam Renang Kuala Kangsar terletak berhampiran Pusat Bandar Kuala Kangsar, bersebelahan rumah rehat di Bukit Chandan. Kolam Renang Kuala Kangsar dibina atas cetusan idea ke bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah. Bertujuan untuk mewujudkan pusat rekreasi sukan renang yang pertama di daerah ini dan memberi galakan kepada penduduk menikmati kemudahan yang disediakan.



Sumber: Sinar Harian.

No comments: