Pengikut dan Ex-smgrian
Tuesday, April 28, 2009
Panorama Perak - Bagan Serai
Menurut cerita lisan, Bagan Serai mendapat namanya dari perantau yang berhijrah ke Tanah Melayu.
Sebelum kedatangan penjajah Inggeris ke Tanah Melayu, ramai perantau dari tanah seberang iaitu Indonesia berhijrah ke sini termasuk ke daerah Kerian. Golongan perantau ini menyusuri jalan laut di pesisir pantai barat dan singgah di pantai sebelah Kuala Kurau. Mereka mencari satu tempat persinggahan yang sesuai untuk berehat. Di tempat mereka berehat itu didapati banyak pokok serai ditanam di pinggir sungai tersebut.
Oleh itu, kawasan berkenaan sangat sesuai untuk dijadikan kawasan penempatan maka perantau tersebut telah membina sebuah kawasan penempatan. Maka dari situlah timbulnya ilham mereka untuk menamakan tempat tersebut Bagan Serai.
Sumber: Sinar Harian.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment