Pengikut dan Ex-smgrian

Thursday, April 9, 2009

Larangan Rasulullah SAW terhadap wanita berpakaian menyerupai lelaki

Di zaman yang serba canggih ini sebahagian besar kaum wanita yang kurang penghayatannya terhadap Islam, mudah terpanggil hati kecilnya untuk mengubah trend berfesyen dengan memakai pakaian yang mendedahkan aurat menyerupai kaum lelaki. Kecenderungan ini kesannya telah menimbulkan kesan negatif terhadapnya dan masyarakat. Pada hakikatnya mereka jahil dan pupus imannya dan mementingkan urusan duniawi.

Dalam Islam kaum wanita dilarang keras memakai pakaian menyerupai kaum lelaki seperti memakai seluar panjang atau pendek, baju yang ketat dan nipis serta menonjolkan tubuh badan. Sebenarnya Allah SWT telah menjadikan antara kaum lelaki dan wanita ada perbezaan yang penuh hikmah dari segi penampilan, jiwa, suara dan kekuatan. Justeru itu bagi kaum lelaki secara tidak lansung telah mengubah atau tidak menerima ketentuan-ketentuan Allah SWT. Sesungguhnya Allah SWT dan RasulNya melaknati wanita Islam yang berpakaian menyerupai lelaki dan lelaki Islam yang berpakaian menyerupai wanita.

Rasulullah SAW bersabda:

“Allah melaknat lelaki yang mengenakan pakaian wanita dan wanita yang mengenakan pakaian lelaki.” (H.R. Abu Daud dan Hakim)

Rasulullah SAW bersabda:

“Rasulullah SAW melaknat wanita-wanita yang berpakaian menyerupai lelaki dan lelaki berpakaian menyerupai wanita.” (H.R. Bukhari)

Pada hakikatnya kaum wanita tidak menyedari bahawa cara berpakaian juga boleh mendatangkan laknat Allah SWT seperti menampakkan perhiasan emas, permata dan sebagainya dengan harapan diketahui dan ditontoni oleh kaum lelaki dan orang ramai.

Dipetik dari buku 33 Larangan Rasulullah SAW Terhadap Wanita yang disusun oleh Drs. Hanafi Mohamed, MA terbitan Al-Hidayah Publications.

No comments: