Kaum wanita yang berpakaian mendedahkan aurat di khalayak ramai yang bukan muhrim boleh menimbulkan tarikan nafsu sehingga mendorong kepada gejala rogol, zina dan sebagainya. Allah mengharamkan kaum wanita memperlihatkan perhiasannya atau auratnya kepada lelaki kecuali kepada muhrimnya. Rasulullah S.A.W. melarang keras ke atas kaum wanita Islam yang mendedahkan auratnya kepada lelaki yang bukan muhrimnya walau dalam keadaan apa jua, kerana perbuatan ini adalah mungkar dan menjatuhkan imej dan kesucian agama Islam.
Rasulullah S.A.W. bersabda:
“Bahawa anak perempuan apabila cukup umurnya, maka tidak boleh dilihat akan dia (auratnya) melainkan mukanya dan dua tangannya sampai pergelangan.” (H.R. Abu Daud)
Dalam hadis lain Rasulullah S.A.W. bersabda:
“Dari Aisyah r.a bahawa adiknya Aisyah binti Abu Bakar r.a pernah datang menghadap Rasulullah S.A.W. dengan pakaian yang nipis, lalu Rasulullah S.A.W. bersabda: “Apabila seseorang wanita telah baligh tidak boleh lagi terlihat (auratnya) kecuali ini dan itu Rasulullah S.A.W. menunjukkan pada muka dan tapak tangan beliau.” (H.R Abu Daud)
Rasulullah S.A.W. bersabda:
“Tidak seorangpun perempuan yang melepaskan pakaiannya di rumah bukan suaminya, melainkan dia merobek tabir antara dia dan Tuhannya.” (H.R. T’urmuzi)
Rasulullah S.A.W. bersabda:
“Dari Ummu Salamah, sesungguhnya Rasulullah S.A.W. bersabda: Siapapun perempuan yang melepaskan pakaiannya bukan di rumahnya sendiri, maka Allah akan merobek daripadanya tabirnya.” (H.R Ahmad, Abu Ya’la, Tabrani dan Hakim).
Rasulullah S.A.W. bersabda:
“Sesungguhnya termasuk ahli neraka iaitu perempuan-perempuan berpakaian tetapi telanjang (dedah aurat) yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk berbuat maksiat. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya.” (H.R. Muslim)
Dalam hadis lain Rasulullah S.A.W. bersabda:
“Wahai Asma’ sesungguhnya seorang perempuan apabila sudah baligh maka tidak boleh seorang pun melihat dirinya kecuali ini dan itu sambil Nabi mengisyaratkan kepada muka dan kedua-dua telapak tangan.” (H.R. Abu Daud)
Islam tidak melarang kaum wanita berpakaian cantik dan indah asalkan tidak ada unsur-unsur mendedahkan aurat dan boleh membentuk identiti muslimah yang mukrninah.
Dipetik dari buku 33 Larangan Rasulullah SAW Terhadap Wanita yang disusun oleh Drs. Hanafi Mohamed, MA terbitan Al-Hidayah Publications.
No comments:
Post a Comment