Pengikut dan Ex-smgrian

Wednesday, April 8, 2009

Kegemaran Pak Lah II

Jepun destinasi percutian.
Menurut satu temu ramah sebuah akhbar Inggeris bersama anak Datuk Seri Abdullah, Nori, minuman kegemaran Pak Lah ialah air suam, makanan kegemaran ialah bubur nasi, perasa aiskrim kegemarannya ialah vanilla dan tempat percutian di luar Malaysia yang digemari ialah Jepun.

Songkok senget.
Pak Lah gemar memakai songkok walaupun ketika bersekolah di sekolah menengah, Sekolah Tinggi Bukit Mertajam iaitu sekolah beraliran Inggeris. Satu perwatakan Abdullah yang diingati kawan-kawannya ialah gayanya ketika bersongkok. Songkok yang dipakai disengetkan sedikit dan ia menjadi ikutan kawan-kawannya seperti Mohd. Noor yang selalu bersaing dengannya mendapat tempat pertama dan kedua di sekolah.

Gemar makanan Jepun.
Pak Lah dikatakan mementingkan saat-saat menikmati makan malam bersama keluarga dan gemar makanan Jepun. Sebagai seseorang yang dibesarkan di Pulau Pinang, beliau amat gemar mencuba pelbagai jenis makanan.

Peminat Nat King Cole.
Datuk Seri Abdullah juga gemarkan pertunjukan muzikal. My Fair Lady adalah antara yang paling diminatinya. Beliau juga meminati seniman lama seperti Nat King Cole.

Pengumpul ukiran kayu.
Pak Lah mempunyai alat I-pod Nano. Sama seperti Allahyarham Endon Mahmood, Pak Lah juga gemarkan seni kraf. Selain mengumpul tongkat Pak Lah juga menghargai hasil seni kraftangan Malaysia yang lain. Beliau turut mengumpul seni ukiran kayu serta anyaman rotan.

Peminat keju.
Suka makan keju. Apa-apa sahaja makanan yang boleh disajikan dengan keju, Pak Lah akan cuba. Ini membuatkan Pak Lah suka bereksperimen dengan banyak perkara berkaitan keju. Misalnya, Pak Lah pernah menggabungkan hidangan pisang dan keju serta kurma dan keju. Inilah antara makanan kegemaran Pak Lah.

Filem kesukaan.
Pak Lah gemar menonton filem tetapi tidak suka filem sedih. Antara filem disukai Pak Lah dan isterinya, Jeanne ialah Happy Feet.

Dipetik dari akhbar Kosmo! 2 April 2009.

No comments: