Pengikut dan Ex-smgrian

Showing posts with label Loghat Perak. Show all posts
Showing posts with label Loghat Perak. Show all posts

Friday, April 15, 2011

Loghat Perak 62

Bojot

Maksud: basah kuyup

Contoh ayat: "Habih bojot teman kena hujan pagi tadi".

Ayat moden: "Habis saya basah kuyup kerana hujan pagi tadi".


Gebor

Maksud: selimut

Contoh ayat: "Hai, mike, paneh-paneh ni pun dok bergebor jugak?"

Ayat moden: "Hai, cuaca panas begini pun awak berselimut juga?"

Thursday, April 14, 2011

Loghat Perak 61

Awak, teman

Maksud: saya

Contoh ayat: "Awak tak sio benor dengan perangei si Husin tu, gemo beno menghilangnye!"

Ayat moden: "Saya tak suka dengan sikap Husin, suka menghilangkan diri."


Tumpor

Maksud: mati

Contoh ayat: "Kalau kerap sangat dia buat macam tu, tumpor teman!"

Ayat moden: "Andainya dia sering melakukan perkara yang sama, matilah saya!"

Tuesday, March 9, 2010

Loghat Perak 60

Peghosah

Maksud: desak / gesa

Contoh ayat: "Ghunsen benor teman dengan peghangey bos teman tu, haghi-haghi dipeghosahnya teman masa tengah sebok."

Ayat moden: "Runsing saya dengan sikap ketua saya yang selalu mendesak ketika saya sedang sibuk."


Ngelejat

Maksud: terlalu seronok / gembira

Contoh ayat: "Apa ke hey miker ngelejat benor ni?  Dapat bonus ke?"

Ayat moden: "Kenapa seronok sangat ni?  Dapat bonus ke?"

Sumber: Sinar Harian

Wednesday, February 24, 2010

Loghat Perak 59

Belengko

Maksud: baring-baring/bermalas-malas

Contoh ayat: "Dari tadi mak tengok kamu asyik belengko aje, buku idak disentuh."

Ayat moden: "Dari tadi mak tengok kamu asyik berbaring saja, kenapa tak baca buku."



Tepeghongo

Maksud: terbuka luas/berlubang

Contoh ayat: "Ngape dibiorkan pintu tu tepeghongo, masuk ayam-ayam tu kaghang."

Ayat moden: "Kenapa biarkan pintu terbuka luas, nanti ayam-ayam tu masuk."

Sumber: Sinar Harian

Thursday, February 11, 2010

Loghat Perak 58

Penyegan

Maksud:pemalas

Contoh ayat: "Ape hey penyegan beno kamu ni Shah, dari tadi idak mandi-mandi."

Ayat moden: "Kenapa pemalas sangat kamu ni Shah, sejak tadi belum mandi lagi."

Sumber: Sinar Harian

Loghat Perak 57

Jenuh

Maksud: puas/lama

Contoh ayat: "Aii, mana ke si Yong ni?  Janji pukui tiga, sekaghang udah pukui lima, jenuh teman nunggu."

Ayat moden: "Mana Yong ni?  Janji pukul tiga tapi sekarang sudah pukul lima, lama betul saya tunggu."


Kokak

Maksud: gigit

Contoh ayat: "Abih rabik seluor teman kena kokak dek anjen tadi."

Ayat moden: "Habis koyak seluar saya digigit anjing tadi."

Sumber: Sinar Harian

Wednesday, February 3, 2010

Loghat Perak 56

Kayo

Maksud: ke tandas

Contoh ayat: "Ish sakit peghut pulak tetiba, mike tunggu teman nak kayo dulu."

Ayat moden: "Ish tiba-tiba pulak saya sakit perut, awak tunggu dulu saya hendak ke tandas."


Tenang (sebutan tei-nang)

Maksud: perhati

Contoh ayat: "Jaga ikan-ikan teman ni, dari tadi kucin tu dok tenang aje besen tu."

Ayat moden: "Jaga elok-elok ikan ni, dari tadi kucing itu asyik perhatikan besen."

Sumber: Sinar Harian

Tuesday, February 2, 2010

Loghat Perak 55

Ghunaih

Maksud: cabut/buang daun

Contoh ayat: "Buat apa kamu ghunaih pokok bunga aku tu, penat aku bela."

Ayat moden: "Kenapa kamu cabut daun-daun pokok bunga saya, penat saya menjaganya."


Getu

Maksud: cubit

Contoh ayat: "Jangan buat bising dekat sini, mak getu ponggong tu nanti."

Ayat moden: "Jangan buat bising di sini, mak cubit punggung tu nanti."

Sumber: Sinar Harian

Monday, February 1, 2010

Loghat Perak 54

Kelolo

Maksud: kelakar/perangai gila-gila

Contoh ayat: "Boleh tahan juga kelolo anak mike ni ye.  Penat teman melayan".

Ayat moden: "Boleh tahan juga kelakar anak kamu ni, penat saya melayannya".


Labang

Maksud: pekak/tidak dengar

Contoh ayat: "Jenuh dah teman panggey idak dia nak noleh, udah labang gamaknya".

Ayat moden: "Berkali-kali saya panggil tapi dia lansung tak menoleh, pekak agaknya".

Sumber: Sinar Harian

Loghat Perak 53

Jebah

Maksud: tembam (khusus untuk muka)

Contoh ayat: "Aii, udah lama tak jumpa, lain benor ghope mike Mahani, udah jebah".

Ayat moden: "Dah lama tak jumpa, lain benar nampaknya kamu Mahani, muka pun dah naik tembam".


Bundut

Maksud: bungkusan kain/barang yang dibungkus dengan kain

Contoh ayat: "Apa ke bendanya yang berbundut-bundut dalam motokar mike tu?"

Ayat moden: "Apakah barang yang berbungkus dalam kereta kamu tu?"

Sumber: Sinar Harian

Friday, January 22, 2010

Loghat Perak 52

Lutu/luku

Maksud: ketuk kepala

Contoh ayat: "Ape ke hey degey beno mike ni Yob, lutu kepala kaghang apah idak".

Ayat moden: "Kenapa kamu degil sangat Yob, ketuk kepala nanti baru tahu".


Ngeletek

Maksud: menggelupur

Contoh ayat: "Teruk benor gamaknya kena langgar tadi, udah ngeletek je ayam mike ataih jalan".

Ayat moden: "Teruk sangat agaknya kena langgar tadi, menggelupur ayam kamu atas jalan".

Sumber: Sinar Harian

Wednesday, January 20, 2010

Loghat Perak 51

Tungkup

Maksud: khemah

Contoh ayat: "Elok mike letak semua pinggan mangkuk ni ke bawah tungkup nun, kaghang pecah".

Ayat moden: "Lebih baik letakkan semua pinggan mangkuk di bawah khemah, bimbang pecah nanti".


Geghotak

Maksud: jambatan

Contoh ayat: "Bebaik nyebeghang geghotak tu, tak pasei-pasei ke bawah kaghang".

Ayat moden: "Elok-elok hendak menyeberang jambatan tu, takut jatuh pula nanti".

Sumber: Sinar Harian

Monday, January 18, 2010

Loghat Perak 50

Leboh

Maksud: hilang

Contoh ayat: "Mike letak kasut di bawah tu bebaik Yob, kaghang leboh pulak".

Ayat moden: "Kamu letak kasut baik-baik di bawah tu, nanti hilang pulak".


Lepuk

Maksud: pukul

Contoh ayat: "Mike ni Yob, betui le, jenih tak beghajor, teman rase nak lepuk je!"

Ayat moden: "Rasa macam nak pukul sahaja kamu ni, biadap betul!"

Sumber: Sinar Harian

Thursday, January 14, 2010

Loghat Perak 49

Kudap/koi

Maksud: kuih

Contoh ayat: "Apa kudap nak kita buat untuk tetamu kaghang?"

Ayat moden: "Kuih apa yang kita nak hidangkan pada tetamu nanti?"



Jelom

Maksud: sapu dengan air

Contoh ayat: "Anak kamu tu demam Yob, ce jelom kepalanya dengan ayor asam bagi cepat kebah".

Ayat moden: "Anak kamu tu demam Yob, sapukan kepalanya dengan air asam biar turun panasnya".

Sumber: Sinar Harian

Monday, January 11, 2010

Loghat Perak 48

Gheba

Maksud: huru-hara/kelakuan kelam kabut

Contoh ayat: "Apa ke hey kamu ni gheba bebenor pagi ni?"

Ayat moden: "Kenapa kamu kelam kabut sangat pagi ni?"



Hancen peghin

Maksud: bau hancing/busuk

Contoh ayat: "Wuekk, melantung hancing peghinnya!  Ate sapa le gamoknya yang tak gheti-gheti nak pam lepaih kayor ni?"

Ayat moden: "Wuekk, busuknya!  Siapalah agaknya yang tak pam setelah buang air tadi?"

Sumber: Sinar Harian

Monday, December 21, 2009

Loghat Perak 47

Gila sepeghe

Maksud: perasan

Contoh ayat: "Apa ke hey miker Chor, pantang puji sikit udah gila sepeghe".

Ayat moden: "Kenapa dengan kamu ni, Chor, pantang dipuji sikit, mulalah perasan".


Beda'ah

Maksud: tipu, bohong

Contoh ayat: "Miker usah le buat beda'ah Yob, mana peghonah Perak menang tiga piala dalam Liga Malaysia?"

Ayat moden: "Kamu janganlah menipu, Perak tak pernah menang tiga piala dalam Liga Malaysia".


Ketegor

Maksud: disampuk

Contoh ayat: "Si Yob ketegor gamaknya balik daghi hutan tadi, ate mintak miker tolong panggeykan Ustaz tolong nengok-nengokkan".

Ayat moden: "Yob disampuk agaknya ketika pulang dari hutan tadi, tolong panggilkan Ustaz untuk sembuhkannya".

Sumber: Sinar Harian

Thursday, December 3, 2009

Loghat Perak 46

Cakcibor

Maksud: pepatung

Contoh ayat: "Kah! Kah! Kah!  Udah ghope cakcibor miker makey reben tu Yob!  Sakit peghut teman gelak".

Ayat moden: "Kah! Kah! Kah!  Macam pepatung awak pakai cermin mata (ray-ban) itu, Yob!  Sakit perut saya ketawa".


Debik

Maksud: tumbuk/belasah/pukul

Contoh ayat: "Miker usah kughang hajor benor, kaghang teman debik kaghang apah idak!"

Ayat moden: "Kamu jangan kurang ajar sangat, saya tumbuk nanti!"

Sumber: Sinar Harian

Tuesday, November 17, 2009

Loghat Perak 45

Tak sior

Maksud: tak mahu, tak nak

Contoh ayat: "Mike cakap le apa pun, buat le macam mana pun, teman tak sior."

Ayat moden: "Cakaplah apa pun, buatlah apa sekalipun, saya tetap kata tak mahu."

Sumber: Sinar Harian

Friday, November 13, 2009

Loghat Perak 44

Meghebaih

Maksud: buang air besar

Contoh ayat: "Apa dibuatnya si Yob tu lelame dalam jamban, lama benor meghebaihnye."

Ayat moden: "Apa yang Yob buat lama sangat dalam tandas, lama benar dia buang air besar."



Soh

Maksud: sunyi sepi

Contoh ayat: "Dari tadi soh aje ghumah opah Bedah tu, ce kamu inte ada ke dia."

Ayat moden: "Sejak tadi, sunyi saja di rumah opah Bedah, cuba tengok dia ada ke tidak."

Sumber: Sinar Harian

Friday, November 6, 2009

Loghat Perak 43

Selemuih

Maksud: kotor/comot

Contoh ayat: "Ngape dibior anak kamu main lecah, habis selemuih badannya."

Ayat moden: "Kenapa biarkan anak kamu bermain becak, habis kotor badannya."



Cagut

Maksud: gigit/terkam/sambar

Contoh ayat: "Bebaik kome mandi kat paya tu, cagut dek lintah kaghang naya je."

Ayat moden: "Kamu semua elok berhati-hati mandi di paya, nanti digigit lintah."

Sumber: Sinar Harian