Pengikut dan Ex-smgrian

Wednesday, May 28, 2014

Angkat bebanan rawat sakit bahu


Latihan mengangkat bebanan atau dumbell dikatakan mampu merawat kesakitan yang lazim dialami oleh pekerja pejabat.

Satu kajian di Denmark menjelaskan bahawa melakukan aktiviti mengangkat dumbell selama 20 minit hingga sejam dalam seminggu sudah memadai bagi menghentikan kesakitan tengkuk dan bahu.

Kajian yang disiarkan dalam Journal of Sports Medicine (2012) itu menyarankan mereka yang baru mencuba peralatan itu agar menggunakan bebanan 300 gram dan seterusnya menggunakan bebanan maksimum 600 gram.

Ketua pengkaji daripada Pusat Kajian Nasional Persekitaran Pekerjaan, Copenhagen, Denmark, Dr. Christoffer Andersen menjelaskan, seorang pekerja pejabat seharusnya turut memasukkan rutin mengangkat bebanan sebagai salah satu jadual di pejabat.

"Mereka yang selalu menggunakan komputer seharusnya sekali-sekala mengangkat dumbell dalam bilangan yang betul dan tidak berlebihan. Beratnya juga harus dijaga," kata Andersen.

-Kosmo!

No comments: