Naga Pelangi II yang dibina oleh pembuat bot Terengganu |
Pembuatan bot di Terengganu merupakan warisan yang menonjolkan kehebatan pertukangan tangan Melayu di Nusantara.
Banyak bot-bot perdagangan dan nelayan dihasilkan dari kemahiran pertukangan anak-anak Terengganu.
Mutu dan kemahiran tinggi ini terbukti dan nyata gah di serata dunia apabila seorang pembuat bot di Pulau Duyung, Kuala Terengganu iaitu Hasni Che Ali telah menyiapkan kapal layar milik warga Jerman, Christoph Swoboda dalam tempoh masa hampir enam tahun. Kapal layar tersebut diberi nama Naga Pelangi II dan dibuat menggunakan kayu cengal.
Pertukangan membuat kapal layar dan bot tradisional adalah kemahiran yang diwarisi secara turun temurun oleh penduduk di Kuala Terengganu, terutama di Pulau Duyong.
sumber: Internet.
No comments:
Post a Comment