Pengikut dan Ex-smgrian

Tuesday, March 11, 2014

Tip untuk memanjangkan hayat peti sejuk


Jangan letak makanan panas terus ke dalam peti sejuk kerana ia akan mengurangkan keupayaan kapasiti penyejukan pada masa depan.

Pastikan peti sejuk sentiasa ditutup apabila tidak diperlukan bagi mengurangkan penggunaan tenaga elektrik.

Udara panas yang memasuki bahagian dalam peti sejuk boleh menambah beban terhadap sistem penyejukannya.

Anak-anak harus diberi tunjuk ajar supaya tidak terlalu kerap membuka peti sejuk.

Anda juga perlu memastikan peredaran udara di persekitaran gelung kondensor di bahagian belakang peti sejuk berada dalam keadaan baik.

Ia dapat dilakukan dengan memastikan jarak yang berpatutan antara dinding dan peti sejuk.

Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan haba yang terhasil daripada gelung dan motor peti sejuk terperangkap sekali gus meningkatkan penggunaan elektrik.

-Kosmo!, expertcolumn.com

No comments: