Pengikut dan Ex-smgrian

Monday, March 17, 2014

Terapi ozon


Terapi ozon mula diperkenalkan di Jerman pada tahun 1840 oleh saintis Christian Frederick Schonlein di University of Basel, Switzerland.

Lebih 15,000 mesin ozon dijual di seluruh Eropah selepas ia menunjukkan kesan efektif kepada pembunuhan kuman dan sebagainya.

Rawatan ozon ini bermula di Malaysia pada tahun 1999.

Konsep rawatan terapi ozon seolah-olah kaedah berbekam yang mengeluarkan darah untuk melancarkan aliran darah dalam badan, tetapi terapi ozon membersihkan darah dengan cara menapisnya.

Rawatan ozon membolehkan kadar oksigen dalam darah berada pada tahap optimum dan ia menjadikan seseorang itu lebih bertenaga sehingga proses penyembuhan penyakit menjadi lebih cepat.

Ia adalah rawatan alternatif kepada pesakit bagi membantu proses penyembuhan penyakit.

Ia mengelakkan seseorang daripada bergantung kepada ubat-ubatan yang terlalu banyak atau mengurangkan dos ubat yang diambil.

sumber: Artikel Tenaga lebih 'muda' berbanding usia oleh Nurul Izza Rosly, Kosmo! 19 November 2012

No comments: