Agama Islam dikatakan tiba di negara China melalui wakil yang dihantar oleh Saidina Othman.
Perkampungan Islam pertama di China wujud terdiri dari warga Arab dan para peniaga Parsi.
Pada abad ke-15 hingga abad ke-18, sebilangan penganut agama Islam di China mengerjakan ibadah Haji di Mekah.
Pada bulan April 2001, kerajaan China telah menubuhkan Persatuan Islam China untuk membantu menggalakkan pembelajaran membaca al-Quran.
Ia dikendalikan oleh 16 pemimpin Islam yang ditugaskan untuk mengawasi perlaksanaan syariah-syariah Islam.
Antara keistimewaan yang diluluskan bagi penganut Islam di China ialah:
- Babi tidak dibenarkan untuk dipelihara di daerah-daerah yang mempunyai majoriti penganut Islam
- Penyediaan tanah-tanah perkuburan yang dikhaskan bagi orang Islam
- Perkahwinan yang dikendalikan oleh imam juga pelepasan untuk bercuti bagi penganut Islam setiap kali tiba hari-hari kebesaran Islam
- Keizinan dan pelepasan bagi penganut agama Islam untuk menunaikan haji di Mekah.
Di daerah-daerah yang majoritinya penganut Islam, banyak restoran-restoran makanan halal dibuka.
Halal di dalam bahasa Cina ialah qingzhen cai atau 清真菜.
sumber: Artikel Perkembangan Islam di seluruh dunia tulisan Tan Sri Mazlan Nordin, Utusan Malaysia 28 November 2010.
No comments:
Post a Comment