Pengikut dan Ex-smgrian

Wednesday, September 18, 2013

Sklerosis berbilang


Sklerosis berbilang (multiple sclerosis) merupakan penyakit autoimun yang menyerang sistem saraf utama seperti otak, saraf tunjang dan gentian saraf ke mata.

Sistem imun tubuh ini bertindak memusnahkan beberapa tisu lemak.

Kesannya, penghidap akan hilang upaya, rasa lesu, lemah, kabur penglihatan, kesukaran bertutur dan kebas pada kaki.

Selain itu, koordinasi mereka juga akan terjejas, sakit dan kebas, kekejangan otot pada tangan atau kaki serta masalah ingatan, penumpuan, kawalan pundi kencing atau usus.

Serangan ini boleh terjadi kepada saraf mata, otak atau saraf tunjang.

Simptomnya lebih kurang sama dengan penyakit lain seperti hipertensi dan strok adalah berulang-ulang.

Tidak membawa maut tetapi menjejaskan kualiti kehidupan.

-Kosmo!, arkib Utusan Malaysia.

No comments: