Pengikut dan Ex-smgrian

Friday, August 2, 2013

Sakit kepala arteritis temporal


Sakit kepala arteritis temporal sering berlaku dalam kalangan warga tua berumur lebih 50 tahun dan kebiasaannya menyerang wanita berbanding lelaki.

Punca penyakit ini tidak diketahui dan ia mungkin disebabkan oleh sistem imun tubuh pesakit yang lemah.

Sakit ini berkaitan dengan bahagian kepala. Pesakit juga mengalami sakit rahang manakala pelipis mudah berasa sakit apabila disentuh.

Penglihatan pesakit akan terganggu dan sekiranya serius mereka boleh menjadi buta.

Pesakit juga mengalami sakit-sakit seluruh badan, demam ringan dan penurunan berat badan.

Sakit kepala ini akan hilang sendiri. Pesakit juga boleh mengambil ubat penahan sakit seperti Acetaminophen atau aspirin untuk mengurangkan kesakitan.

Pesakit hendaklah berjumpa doktor sekiranya mereka mendapat sakit kepala yang teruk secara tiba-tiba terutamanya pada waktu pagi.

Begitu juga sekiranya pesakit mengalami sakit kepala berlarutan atau bertambah teruk dari sehari ke sehari.

sumber: Artikel Sakit kepala seteruk sakit bersalin oleh Megat Lutfi Megat Rahim, Kosmo! 8 April 2012

No comments: