Pengikut dan Ex-smgrian

Thursday, July 11, 2013

Tarian Ngajat


Ngajat ialah sejenis tarian tradisional kaum Iban.

Tarian ngajat memaparkan gerakan ringkas disulami aksi-aksi berani penari lelaki.

Ngajat adalah simbol kejayaan pahlawan Iban menumpaskan musuh dan lelaki menjadi watak utama dalam tarian kemenangan itu.

Terdapat beberapa jenis tarian ngajat iaitu Ngajat Induk, Berbunuh/Pahlawan, Ngalu Temuai, Lesung, Pua Kumbu dan Kuta.

Kini tarian ngajat ditarikan apabila menyambut Hari Gawai dan beberapa acara keraian.


Ngajat Berbunuh/Pahlawan

Tarian ini dipersembahkan golongan lelaki dengan gerak tari seakan-akan situasi berdepan musuh ketika sedang berburu.


Ngajat Induk

Ngajat Induk ditarikan golongan wanita bagi menonjolkan kelembutan dan keunikan budaya dengan langkah tari mencerminkan aktiviti harian.


Ngajat Lesung

Tarian ini hanya dipersembah dan dibenarkan untuk golongan lelaki kerana penari perlu menari sambil menggigit lesung. Ia juga menggambarkan kegagahan dan kekuatan pahlawan lelaki.


Ngajat Ngalu Temuai (sambut tetamu)

Dipersembahkan ketika menyambut tetamu istimewa yang lazim ditonton pada acara perasmian majlis yang dihadiri kebanyakan tetamu kehormat.


Ngajat Kuta

Tarian ini dipersembahkan dengan gabungan penari lelaki dan perempuan untuk acara keraian.


Ngajat Pua Kumbu

Kebiasaannya ditarikan wanita kerana penari perlu membawa kain pua kumbu sepanjang tarian.

Sumber: Artikel Lambang kehebatan pahlawan Iban oleh Alif Abu Bakar, Kosmo! 10 Oktober 2012

No comments: