Pengikut dan Ex-smgrian

Tuesday, July 2, 2013

Kenapa Hassan al-Banna dibunuh?


Oleh: Abdul Latip Talib

Pada 14 Mei 1948 David Ben-Gurion telah mengisytiharkan wujudnya Negara Israel yang merdeka lalu diiktiraf oleh Soviet Union dan Amerika Syarikat.

IKhwan Muslimin telah mengadakan mesyuarat dan mereka telah mendesak Mesir dan negara-negara Arab lain supaya mengisytihar jihad terhadap Israel serta menggunakan apa sahaja cara yang mungkin untuk menyelamatkan Palestin daripada kehancuran. Ekoran dari itu berlaku Perang Arab-Israel 1948.

Ikhwan Muslimin telah menghantar 10,000 mujahidin, kemudian diikuti beberapa Negara Arab yang lain antaranya Mesir, Syria, Iraq, Jordan,Lubnan dan beberapa Negara arab lagi sehingga jumlah mereka seramai 47500 orang.

Mujahidin yang dihantar Ikhwan Muslimin berjuang di barisan hadapan dengan semangat jihad yang kental yang ditanam oleh Imam Hasan Al Banna. Mereka berjuang dengan gagah berani sehingga setiap kali pertempuran mereka beroleh kemenangan. Mereka terus mara sehingga sampai ke pinggir Tel Aviv.

British, Amerika Syarikat dan sekutunya yang menyokong Israel berasa bimbang jika Negara haram yahudi itu dikalahkan tentera Arab. Mereka mendesak kedutaan masing-masing yang berada di Mesir mendesak Perdana Menteri Mesir Nuqrasyi Pasya bertindak ke atas Ikhwan Muslimin. Mereka mendakwa kononnya pertubuhan itu sedang merancang hendak merampas kuasa.

Perdana Menteri Mesir memanggil pulang tentera Mesir dan mujahidin Ikhwan Muslimin yang berjuang di Palestin. Kepulangan mereka bukan disambut sebagai pahlawan tetapi mereka ditangkap, dipenjarakan malah ramai yang dibunuh.

Pada 10 Jun 1948 diadakan gencatan senjata. Tetapi itu hanya helah Israel untuk memusnahkan tentera Arab. Apabila tentera Mesir dan Mujahidin Ikhwan Muslimin pulang maka tentera Arab yang lain berasa lemah semangat untuk berperang.

Gencatan senjata itu hanya helah Israel dan sekutunya. Semasa gencatan senjata Israel menerima senjata dari Amerika, Britain dan sekutunya. Kemudian Israel menyerang semula lalu mengalahkan pasukan Arab.

Hasan Al Banna dibunuh kerana menghantar 10 ribu pejuang ke Palestin dan berjaya menyatukan Negara Arab supaya menentang Israel. Mereka tidak mahu wujud tokoh yang mengikut jejak Salahuddin Al Ayubi yang berjaya menyatukan Negara Arab sebelum menakluk Jerusalem.

Siapa pembunuhnya?

Pada 8 November 1948, Perdana Menteri Mesir Nuqrasyi Pasya memerintahkan Ikhwan Muslimin dibubarkan dan semua 3 ribu cawangnanya di seluruh Mesir di tutup.Ekoran itu pada 28 Disember 1948, seorang anak muda yang baru empat tahun menyertai Ikhwan Muslimin membunuh Perdana Menteri Nuqrasyi Pasya.

Ibrahim Abdul Hadi Basya, Perdana Menteri baru yang menggantikan Nuqrasyi Pasya bertindak dengan menangkap dan memenjarakan 4,000 ahli Ikhwan Muslimin. Ibu pejabat Ikhwan Muslimin diserbu dan musnahkan, kesemua harta Ikhwan Muslimin dibekukan oleh kerajaan Mesir. Sesiapa yang memberi bantuan kepada keluarga ahli Ikhwan Muslimin yang ditangkap dituduh membantu pemberontak.

Kemudian adik Hasan Al Banna bernama Abdul Basith ditangkap dan penjara padahal adiknya ini bukan anggota Ikhwan Muslimin. Dan akhirnya rancangan diatur bagi membunuh Hasan Al Banna yang sengaja tidak ditangkap.

Beberapa hari sebelum itu Hasan Al Banna bermimpi bertemu seorang lelaki yang memberitahu bahawa beliau akan dibunuh. Apabila mimpi itu diceritakan kepada kawan rapatnya mereka mencadangkan Hasan Al Banna meninggalkan Kaherah tetapi beliau enggan dan bersedia menghadapi apa sahaja.

Wakil Perdana Menteri Ibrahim Abdul Hadi Basya, menghubungi Hasan Al Banna kononnya mahu mengadakan perbincangan bagi meredakan ketegangan antara Ikwan Muslimin dengan pemerintah.

Maka ditetapkan tarikh pertemuan pada 12 Februari 1949 di pejabat Jamiiyah al Syubban al Muslimin pada jam 5 prtang. Hasan Al Banna ditemani Abdul Karim Mansor adik iparnya dan Perdana Menteri akan diwakili Zaki Ali Basya.

Sehingga jam 10 malam wakil menteri masih tidak datang dan akhirnya Hasan Al Banna dan Abdul Karim Mansor terpaksa pulang. Apabila keluar dari pintu gerbang Jamiiyah al Syubban al Muslimin, mereka dapati jalan raya yang biasanya sebuk dengan kederaan menjadi lengang. Kedai dan restoran semua sudah di tutup. Yang kelihatan hanya sebuah teksi yang sedang mencari penumpang.

Hasan Al Banna memanggil teksi itu kemudian menaikinya bersama Abdul Karim Mansor. Setelah berada dalam teksi itu tiba-tiba muncul seorang lelaki yang bersenjatakan pistol lalu terus melepaskan tembakan ke arah Hasan Al Banna.

Tembakan pertama dan kedua menembusi dada kiri dan kanan Hasan Al Banna. Kemudian tembakan dilepaskan lagi sebanyak lima kali kearah perut dan pehanya. Setelah melepaskan tembakan dan setelah pasti mengenai sasaran maka pembunuh itu melarikan diri dengan menaiki kereta hitam nombor 9979.

Abdul Karim Mansor turut terkena tembakan tetapi keadaannya tidak parah. Pemandu teksi selamat tidak terkena tembakan lalu segera membawa Hasan Al Banna dan Abdul Karim Mansor ke Hospital Qasru al Aini.

Hasan Al Banna akhirnya meninggal dunia pada pukul 12.05 tengah malam akibat tumpah darah yang banyak setelah dua peluru menembusi dadanya dan beberapa peluru lagi menembusi tulang rusuk, pangkal paha dan bahagian dalam badannya.

Menurut Dr Ahmad Syakib yang bertugas di Hospital Qasru Aini pada malam itu yang memeriksa mayat Hasan Al Banna mengatakan Hasan Al Banna meninggal dunia akibar tumpahan darah yang banyak. Jika segera diberi rawatamn mungkin nyawanya dapat diselamatkan.

sumber: Facebook Abdul Latip Talib

Untuk membaca biodata ringkas Hassan al-Banna, klik sini

No comments: