Pengikut dan Ex-smgrian

Tuesday, April 2, 2013

Sains Solat

Sujud secara saintifiknya boleh memberikan ketenangan kerana pergerakan tersebut mewujudkan isyarat alpha
Menurut kajian saintis Jerman, Prof. HA Saboe pada tahun 1996, semasa duduk antara dua sujud, tahiyat awal dan tahiyat akhir, tumit kaki yang menekan punggung dipercayai dapat mengurut otot-otot lantai pelvik sekali gus membantu dalam proses ereksi.

Kedudukan ketika rukuk, sujud dan duduk tahiyat dalam solat membantu merehatkan jantung di mana kadar denyutan jantung lebih rendah berbanding ketika berdiri.

Tabiat solat berjamaah lebih baik seperti yang diunjurkan dalam Islam kerana sentuhan daripada bahu ke bahu dapat meningkatkan keupayaan sel-sel tubuh para jemaah untuk menkonduktivitikan cas elektrik.

Hasil daripada pengaliran cas terhadap orang yang kurang bercas dapat menyeimbang aliran cas dalam badannya dan memberi lebih tenaga sepenuhnya untuk melakukan kerja harian.

Sujud bukan sahaja menjadikan otot-otot besar dan kuat tetapi saluran-saluran darah seperti arteri dan vena serta urat limfa akan terurut.

Fenomena ini boleh menghindarkan pengecilan dinding-dinding pembuluh darah dan limfa ke seluruh anggota badan.

Sujud juga membuatkan rongga dada bertambah besar dan paru-paru dapat berkembang dengan baik bagi menghirup udara lebih bersih.

-Kosmo!

No comments: