Penyakit jantung merupakan penyebab utama kematian di Malaysia sejak tiga dekad lalu.
Seorang daripada lima rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas mempunyai paras kolesterol yang tinggi dan 42.6 peratus rakyat Malaysia yang berumur 30 ke atas menghidap penyakit hipertensi.
Berdasarkan statistik terkini daripada Pangkalan Data Kardiovaskular Kebangsaan, Malaysia mempunyai beberapa pesakit yang mengalami serangan jantung termuda di dunia.
Seorang daripada lima rakyat Malaysia di bawah 50 tahun berisiko mendapat penyakit jantung sementara 20 peratus yang mendapat serangan jantung terdiri daripada mereka yang berusia bawah 50 tahun.
Kadar penyakit kardiovaskular di Malaysia hampir sama seperti di negara-negara maju. Walaupun pemasangan sten boleh membantu, perubahan gaya hidup perlu diutamakan bagi membendung masalah ini.
-Kosmo!
No comments:
Post a Comment