Pengikut dan Ex-smgrian

Thursday, April 4, 2013

Bujang Senang

Keratan akhbar bertarikh 21 Mei 1992 menunjukkan seekor buaya yang didakwa Bujang Senang berjaya dibunuh
Bujang Senang ialah nama seekor buaya jantan daripada spesies crocodylus porosus.

Nama Bujang Senang diambil sempena Sungai Senang, salah satu cabang Batang Lupar di mana buaya itu sering kali dijumpai.

Buaya itu dipercayai berukuran 20 kaki panjang (enam meter) dan tujuh kaki (2.12 meter) lebar serta mempunyai belang putih di belakang badannya.

Tengkorak buaya yang didakwa Bujang Senang dipamerkan di Muzium Sarawak
Bujang Senang pernah menghantui penduduk di sekitar Batang Lupar, Sri Aman selama 30 tahun.

Antara tahun 1982 hingga 1991, sebanyak 13 orang menjadi mangsa kebuasan Bujang Senang.

Buaya itu pertama kali mengganas pada tahun 1982 dengan membaham Penghulu Bangan dari Rumah Panjang Pali di Sri Aman, Sarawak.

Tengkorak yang didakwa Bujang Senang kini dipamerkan di Muzium Sarawak di Kuching, Sarawak.

Bujang Senang dibunuh pada 21 Mei 1992 di Sungai Pelaban, Batang Lupar, Sri Aman, Kuching, Sarawak.

Bujang Senang didakwa mati selepas terkena 40 das tembakan dengan 22 daripadanya tepat di kepala. Tembakan tersebut menggunakan peluru paku sepanjang 10 sentimeter.

Bangkai Bujang Senang dibuang ke sungai manakala kepalanya dikerat dan dibawa pulang oleh Johnson Jong untuk tatapan umum di ladang buayanya di Siburan.

Bagaimanapun, Bujang Senang dipercayai masih hidup oleh seorang pawang yang mendakwa pernah terserempak dengan haiwan itu pada Ogos 2004.

-Kosmo!

No comments: