Pengikut dan Ex-smgrian
Thursday, March 28, 2013
Tip berkomunikasi di alam maya
Niat ikhlas dan baik
Pastikan niat bersosial untuk kebaikan diri sendiri dan keluarga. Bukan untuk mencari keseronokan semata-mata.
Sedar diri
Sentiasa sedar mengenai status anda sebagai suami atau sebagai isteri. Apabila anda sedar diri, anda akan berjaya mengawal diri agar tidak melakukan sesuatu yang melukakan hati pasangan malah sentiasa berusaha untuk melaksanakan amanah dan tanggungjawab anda sebagai suami atau isteri seperti yang disarankan oleh syarak.
Jangan cari masalah
Jangan cuba-cuba untuk menguji kesetiaan sendiri terhadap pasangan. Status sebagai suami atau isteri yang anda pegang bukan sekadar tertera di atas kertas tetapi merupakan satu amanah dan janji anda kepada Yang Maha Esa.
Anda berjanji untuk menyayangi pasangan anda, mencintainya dan membahagiakannya biarpun ketika dia tiada di depan mata.
Jika anda ingkar, anda bukan sahaja tidak setia kepada pasangan anda malah mengingkari janji kepada-Nya untuk mewujudkan hubungan yang penuh rahmah dan mawaddah (kasih sayang).
Tetapkan masa tertentu
Pastikan masa yang sesuai untuk melayari laman sosial dan peruntukan had masa tertentu. Jangan sepanjang masa asyik dengan laman itu hingga mengabaikan tanggungjawab sedia ada sebagai pekerja atau pelajar juga sebagai suami, isteri, ibu, bapa mahupun anak.
Utamakan pasangan dan ahli keluarga
Jangan jadikan laman sosial sebagai keutamaan sebaliknya dalam kesibukan menggunakan internet atau laman sosial, letakkan pasangan anda atau ahli keluarga yang lain di takhta teratas.
-Kosmo!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment