Pengikut dan Ex-smgrian

Wednesday, January 30, 2013

Memorial Birch

Memorial Birch terletak di Jalan Dewan, Ipoh, Perak.

Memorial Birch yang merupakan sebuah menara jam dibina pada tahun 1909 oleh pihak British sebagai memperingati Residen British pertama di Perak iaitu J.W.W. Birch yang mati di Pasir Salak pada tahun 1875.

Kini Memorial Birch hanyalah sebagai salah satu monumen bersejarah yang terdapat di negeri Perak khususnya di bandaraya Ipoh.

Menariknya pada Memorial Birch ini terdapat lakaran-lakaran individu-individu terkenal dalam sejarah manusia. Bagaimanapun, lakaran-lakaran tersebut pernah mencetus kontroversi kerana terdapat lakaran Nabi Muhammad SAW.

Disebabkan oleh bantahan penduduk Muslim maka lakaran tersebut dipudarkan, yang tinggal kini hanyalah bekas lakaran tersebut yang kelihatan seperti bayang-bayang.

-Kosmo!

No comments: