Hari ini, televisyen umpama satu keperluan di rumah. Hampir setiap kediaman memiliki sekurang-kurangnya sebuah alat elektrik tersebut.
Di Amerika Syarikat, Jabatan Tenaga (DOE) melaporkan televisyen sahaja menggunakan tenaga lebih 50 bilion kilowatt per jam setiap tahun.
Terdapat beberapa petua untuk membeli peti televisyen antaranya:
Pilih saiz yang sesuai
Semakin besar saiz televisyen yang dibeli, ia akan memakan lebih banyak lagi tenaga elektrik. Sebagai contoh, televisyen paparan kristal cecair (LCD) bersaiz 52 inci menggunakan tenaga elektrik dua kali ganda televisyen saiz 32 inci.
Tala isyarat siaran dengan baik
Tatapan (setting) siaran dengan baik boleh menjimatkan bekalan elektrik sehingga mencecah 50 peratus. Dua jenis tetapan yang perlu ditala dengan baik ialah kontras/gambar dab backlight/cell light (pada model LCD). Dengan menukar kedua-dua setting boleh mempengaruhi pengeluaran cahaya seterusnya menjimatkan elektrik.
Pilih televisyen yang ada lambang Energy Star
Energy Star hanya boleh diberikan oleh DOE dan Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat (EPA). Kebanyakan barang elektrik yang ada lambang tersebut pasti dapat menjimatkan tenaga paling kurang 30 peratus. Pada Mei 2010, Energy Star menaikkan standard mereka pada 4.0 dengan penjimatan sehingga 40 peratus. Manakala pada tahun 2012 tahap Energy Star meningkatkan lagi tahapnya sehingga 5.0. Pada tahap itu, kecekapan penggunaan tenaga elektrik meningkat sehingga 65 peratus.
-Kosmo!, environment.nationalgeographic.com
No comments:
Post a Comment