Batu Bersurat Terengganu ditemui di tebing Sungai Tersat di Kuala Berang, Hulu Terengganu pada tahun 1899. Ia ditemui setelah banjir surut dalam keadaan separuh tenggelam.
Batu ini dikatakan telah ditemui oleh seorang ahli perniagaan bernama Saiyed Husin bin Ghulam Al Bukhari. Saiyed Husin telah meminta Penghulu Ali dan orang kampung membawa batu tersebut ke Kuala Terengganu dan dipersembahkan Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Zainal Abidin III iaitu Sultan Terengganu pada waktu itu.
Batu bersurat itu kemudian diletakkan di atas Bukit Puteri, Kuala Terengganu.
Pada tahun 1923, batu bersurat ini telah dipinjamkan ke Muzium Raffles di Singapura. Apabila Muzium Negara Kuala Lumpur siap dibina, Batu Bersurat Terengganu telah diletakkan di Muzium Negara.
Batu Bersurat Terengganu dipulangkan kembali ke Terengganu pada tahun 1991 setelah kerajaan negeri Terengganu menulis surat kepada Jabatan Muzium pada 12 Februari 1987 untuk mendapatkan kembali batu bersurat tersebut.
Beberapa info tentang Batu Bersurat Terengganu
Batu ini memiliki empat sisi. Dua sisi ditulis dari atas ke bawah yakni sisi depan dan sisi belakang. Manakala sisi kiri dan kanan ditulis secara melintang. Yang menariknya membaca batu bersurat bermula dari depan, kemudian belakang, kemudian baharu kanan dan kiri.
Dua undang-undang yang tertulis diatas batu ini ialah tentang zina dan tentang hutang.
Suatu yang paling mengujakan ialah gambar pertama batu bersurat ini diambil oleh seorang juru gambar Jepun pada tahun 1923. Ia diambil oleh seorang jurufoto bernama N. Suzuki atas permintaan H.S. Peterson, Timbalan Penasihat Inggeris di Terengganu. Gambar tersebut kemudian dihantar kepada C.O. Bledgen untuk dibuat terjemahan tentang tulisan di batu bersurat tersebut.
Jepun datang ‘melanda’ Tanah Melayu hanya pada tahun 1940-an. Ini bermakna Jepun sudah merancang lebih dari 20 tahun untuk menakluk Tanah Melayu. Adalah dipercayai lebih banyak gambar-gambar tentang keadaan geografi dan suasana Tanah Melayu ketika itu berada di Jepun.
sumber: wikipedia, ikatkata.wordpress.com
No comments:
Post a Comment