Bahagian Pendidikan Teknik Vokasional dahulunya dikenali sebagai Jabatan Pendidikan Teknikal telah ditubuhkan pada tahun 1964.
Ia berperanan menentukan perlaksanaan dan kemajuan pendidikan teknikal dan vokasional secara berterusan di negara ini.
Pada tahun 2008, satu penstrukturan menyeluruh dilakukan di peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia sekali gus ditukar kepada BPTV.
Pendidikan teknikal dan vokasional bermatlamat memberi peluang kepada murid yang mempunyai kecenderungan dalam pendidikan sains dan teknologi untuk memenuhi tenaga kerja dalam bidang industri negara.
Justeru, BPTV menawarkan program-program yang membolehkan murid berpotensi menjadi separa profesional dalam pelbagai bidang teknikal dan kejuruteraan.
Melalui bidang Transformasi Pendidikan Vokasional Negara, semua sekolah vokasional akan dinaik taraf menjadi Kolej Vokasional bermula pada tahun 2013.
Terdapat dua program yang ditawarkan iaitu sepenuh masa dan perantisan.
Untuk program sepenuh masa, ia melibatkan sesi pengajian selama empattahun dan memperoleh diploma.
Bagi program perantisan pula, ia merupakan kursus jangka pendek selama dua tahun dan memperoleh Sijil Kemahiran Tahap IV.
Untuk maklumat lanjut mengenai kursus atau program yang ditawarkan, layari laman web bptv.edu.my.
-Kosmo!
No comments:
Post a Comment