Pengikut dan Ex-smgrian

Friday, October 5, 2012

Ibu hamil kurangkan diet berlemak

Kajian terkini oleh saintis di Oregon Health and Science University Doernbecher Children's Hospital terhadap tikus menunjukkan bayi yang dilahirkan oleh ibu yang mengambil diet tinggi lemak sebelum dan ketika hamil mempunyai jisim lebih berat jika dibandingkan dengan bayi dilahirkan oleh ibu yang mengambil diet rendah lemak.

Laporan penyelidik tersebut yang disiarkan dalam American Journal of Physiology and Endocrinology Metabolism diterbitkan oleh Persatuan Psikologi Amerika mendapati ibu-ibu yang beralih kepada diet rendah lemak semasa kehamilan dengan ketara dapat mengurangkan risiko-risiko negatif.

Penyelidikan sebelum ini menunjukkan bayi yang menerima terlalu banyak nutrisi dalam rahim mengalami perubahan dalam pertumbuhan termasuk struktur hati, otak dan pankreas yang mengurangkan keimunan terhadap pelbagai penyakit apabila dewasa termasuk obesiti, diabetes dan penyakit kardiovaskular.

"Salah satu penemuan utama menunjukkan bayi yang dilahirkan oleh ibu yang mengambil diet tinggi lemak mempunyai komposisi tubuh berlemak sebelum didedahkan kepada sebarang makanan," kata Stephanie M. Krasnow yang merupakan saintis di Pape Family Pediatric Research Institute.

Penemuan tersebut menunjukkan bahawa perubahan kepada diet rendah lemak semasa mengandung dapat mengurangkan kesan-kesan bahaya obesiti ibu kepada bayi.

-Kosmo!

No comments: