Pengikut dan Ex-smgrian

Tuesday, October 23, 2012

Diet Mediterranean jauhkan apnea

Mengambil diet Mediterranean disusuli dengan aktiviti fizikal dapat membantu mengurangkan simptom apnea tidur.

Berdasarkan satu kajian yang disiarkan dalam jurnal European Respiratory, pengambilan diet Mediterranean memberikan impak terhadap golongan obesiti yang menghidap apnea tidur berbanding mereka yang mengamalkan diet cermat.

Sindro apnea tidur obstruktif (OSAS) membuatkan nafas kerap terhenti ketika tidur yang mengganggu corak tidur seseorang.

Kira-kira dua hingga empat peratus populasi orang dewasa mengalami masalah ini.

Peratus itu semakin meningkat kepada 20 hingga 40 peratus terhadap orang dewasa yang obes.

Penurunan berat badan adalah pelan rawatan yang disarankan.

Para penyelidik daripada University of Crete, Greece memeriksa 40 pesakit obes yang menghidap OSAS.

Sebanyak 20 pesakit diberikan diet cermat, manakala selebihnya mengikuti diet Mediterranean.

Kedua-dua kumpulan itu digalakkan meningkatkan aktiviti fizikal terutamanya berjalan sekurang-kurangnya 30 minit sehari.

Kedua-dua kumpulan itu juga diberikan terapi tekanan salur udara positif yang menggunakan topeng bagi aliran udara pada saluran atas ketika tidur.

Keputusan menunjukkan kumpulan yang mengamalkan diet Mediterranean menunjukkan pengurangan gangguan tidur berbanding mereka yang mengamalkan diet cermat.

-Kosmo!

No comments: