Pengikut dan Ex-smgrian

Tuesday, August 28, 2012

Sejarah Gerik

Haiwan dekan yang menjadi punca kepada asal-usul nama Gerik (imej dari anakgerik.blogspot.com)

Kira-kira seratus tahun dahulu iaitu di tempat yang kini dikenali sebagai Gerik masih diliputi oleh hutan belantara dan masih terletak di bawah pemerintahan Raja Negeri Reman. Pada tahun 1870, beberapa orang telah datang dari Patani mengikut Sungai Hangai lalu membuka hutan di kuala sungai tersebut untuk dijadikan perkampungan. Mereka diketuai oleh seorang tuan bernama Tok 'Ad (Tok Sa'ad).

Tidak beberapa lama selepas itu, Raja Negeri Reman yang bernama Tuan Jagong datang memburu gajah di Gunung Tujuh berhampiran dengan Kuala Kenderong. Baginda mendengar cerita bahawa tidak jauh dari situ ada perkampungan yang terletak di tengah-tengah hutan.

Ketika Raja Negeri Reman menghampiri perkampungan tersebut, baginda terdengar suatu bunyi yang ganjil dari perdu serumpun buluh. Baginda memerintahkan supaya dipagar keliling perdu buluh itu dengan sasak dan menyuruh orang-orangnya menggali untuk mencari punca bunyi yang ganjil itu.

Setelah digali hingga ke pangkal perdu buluh itu, maka kelihatanlah berpuluh-puluh ekor dekan (nama sejenis binatang yang rupanya seakan-akan tikus) sedang menggerit (memakan) umbi buluh. Oleh sebab umbi buluh itu sangat keras, maka gigitan dekan-dekan itu telah menghasilkan bunyi berkerit-kerit.

Raja Negeri Reman telah menamakan kampung itu Kampung Gerit. Sebutan 'Gerit' itu telah dipakai beberapa lama tetapi kemudiannya telah diubah sebutan dan ejaannya menjadi 'Grik' kemudian menjadi 'Gerik' seperti yang digunakan sekarang.

sumber: www.pjk.com.my

No comments: