Pengikut dan Ex-smgrian

Thursday, July 19, 2012

Bayi sukar ditipu

Satu kajian di Kanada menunjukkan anda boleh memperdaya bayi sekali sahaja kerana bayi-bayi tidak akan tertipu buat kali kedua.

Kebiasaannya, bayi akan mengikuti bunyi, ekspresi, riak muka dan tindakan yang diperhatikan mereka.

Bagaimanapun, para penyelidik di Universiti Concordia, Montreal, Kanada mendapati apabila orang dewasa menipu mereka, bayi-bayi tersebut tidak akan mengikut individu terbabit.

Penemuan tersebut yang diterbitkan jurnal Perkembangan dan Tingkah Laku Bayi itu menguatkan lagi bukti-bukti sebelum ini bahawa bayi dapat membezakan antara sumber boleh dipercayai ataupun sebaliknya.

"Seperti kanak-kanak, bayi juga akan memerhatikan sejarah individu yang memberi maklumat tepat ataupun tidak dan menggunakannya dalam perkembangan pelajaran mereka.

"Mereka akan memilih untuk tidak mempelajari daripada individu yang tidak boleh dipercayai," kata penyelidik Diane Poulin_Dubois yang merupakan pensyarah Jabatan Psikologi Universiti Concordia.

-Kosmo!

No comments: