Pengikut dan Ex-smgrian
Monday, April 30, 2012
Berat naik semasa musim hujan
Apa lagi yang paling nikmat semasa hujan turun selain berselimut tebal atau menghirup secawan kopi panas. Sememangnya cuaca sejuk seringkali menggagalkan program diet seseorang.
Naib Presiden Penyelidikan dan Pembangunan Medifast, Lisa Davis berkata, berat badan selalu bertambah semasa cuaca sejuk manakala nafsu makan meningkat.
Menurut Lisa, rasa lapar diiringi rasa mengantuk berlaku disebabkan penghasilan hormon melatonin.
"Hormon itu meningkat semasa cuaca sejuk. Selain menambah selera makan, ia juga membuatkan seseorang malas melakukan aktiviti. Gabungan makan secara tidak terkawal dan tidak bersenam menyebabkan berat badan naik," ujarnya.
Dalam satu kajian lain merumuskan berat badan naik pada musim hujan atau musim sejuk disebabkan pendedahan kepada cahaya matahari sangat minimum. Ini menyebabkan tubuh tidak dapat melakukan sintesis vitamin D secara maksimum sekali gus menghalang pemecahan lemak tubuh.
sumber: Kosmo!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment