Pengikut dan Ex-smgrian
Thursday, March 1, 2012
Chap Goh Mei
Sambutan Tahun Baru Cina berlangsung selama 15 hari pada bulan pertama kalendar masyarakat Cina.
Sebagai tanda berakhirnya perayaan 15 hari itu, ahli keluarga akan berkumpul bersama untuk makan malam, membakar mercun dan bermain mahjong selain upacara sembahan dilakukan pada kadar yang lebih besar.
Hari yang meriah itu dikenali sebagai festival tanglung atau dalam dialek Hokkien, Chap Goh Mei yang bermaksud malam ke-15 Tahun Baru Cina.
Pada zaman keemasan Baba dan Nyonya di Malaysia tidak lama dahulu, hari itu lazimnya disambut secara besar-besaran dengan cara istimewa khususnya di Pulau Pinang dan Melaka.
Di Pulau Pinang, mereka menyambutnya dengan perarakan Cingge merentasi jalan-jalan di Georgetown.
Di Melaka pula sambutan diraikan dengan kumpulan Dondang Sayang akan mengelilingi bandar menaiki kenderaan berhias.
Chap Goh Mei juga merupakan satu-satunya hari di mana anak gadis yang mencapai usia perkahwinan dibenarkan berdandan dan keluar dengan pakaian paling cantik.
Pada hari yang sama, lelaki bujang yang mahu mencari pasangan hidup juga akan keluar untuk mengerling gadis-gadis berkenaan dengan harapan dapat memilih gadis yang diminati sebagai jodoh.
Menurut legenda, dewa dari langit akan turun pada hari berkenaan untuk mengikat kaki pasangan lelaki dan gadis yang berjodoh dengan benang merah agar mereka akan sentiasa bersama hingga ke akhir hayat.
sumber: Kosmo!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment