- Makan dalam saiz hidangan atau kuantiti yang kecil.
- Pilih makanan yang rendah kalori seperti buah-buahan serta makanan yang kurang berminyak, berlemak dan bersantan.
- Pilih makanan yang tinggi serat untuk mengelakkan sembelit pada musim perayaan.
- Hadkan pengambilan makanan manis seperti kuih bakul, biskut manis, gula-gula serta coklat.
- Pilih buah-buahan segar sebagai snek atau pencuci mulut.
- Hadkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan garam seperti kerepek dan keropok.
- Banyakkan minum air kosong berbanding air manis
- Jangan sesekali mengambil minuman beralkohol. Minuman yang beralkohol selain haram di sisi agama Islam ia juga memudaratkan kesihatan.
Contoh bilangan hidangan yang baik untuk kesihatan:
- 2 keping roti = 1 hidangan
- 2 senduk nasi (separuh pinggan) = 1 hidangan
- 1/2 cawan sayur-sayuran berdaun hijau (2 sudu makan) = 1 hidangan
- 1 potong betik = 1 hidangan
- Sebiji epal atau oren = 1 hidangan
- 8 biji anggur = 1 hidangan
- 1 gelas susu segar = 1 hidangan
- 4 sudu susu tepung = 1 hidangan
sumber: Kosmo!
No comments:
Post a Comment