Pengikut dan Ex-smgrian

Tuesday, November 15, 2011

Muslim Profesional


Nabi Muhammad SAW bersabda:

"Sesungguhnya Allah menyukai apabila seseorang itu melakukan sesuatu pekerjaan, dia melakukan dengan penuh ketekunan (memperbaiki dan meningkatkannya)." - Hadis Riwayat Baihaqi.

Pengajaran daripada maksud Hadis:
  1. Seseorang pekerja yang beriman tentu akan berusaha untuk meningkatkan prestasi kerjanya secemerlang mungkin sebagai bukti keyakinannya dengan sifat 'melihat' Allah SWT.
  2. Islam menuntut dan sangat menyukai setiap amalan itu agar dilakukan secara profesional dan bersungguh-sungguh sebagaimana maksud sebuah doa, "Ya Allah, jadikanlah dalam pekerjaan kami tekun dan rajin seolah-olah kami akan hidup selama-lamanya dan jadikanlah dalam ibadah kami khusyuk (penumpuan) dan tawadhuk (merendah diri kepada Allah) seolah-olah kami akan mati sesudahnya."
  3. Ajaran Islam menekankan bahawa setiap amalan yang dilakukan termasuk bekerja akan dihitung dan diberi balasan (pahala atau dosa) serta ganjaran setimpal di dunia dan akhirat.
  4. Dalam sebuah Hadis lain, Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya orang yang paling berjaya ialah orang yang hari ini lebih baik daripada semalam; Orang yang terpedaya pula ialah orang yang hari ini sama dengan hari semalam."
  5. Meyakini bekerja merupakan cabang ibadah memberi kefahaman kepada kita bahawa ia mempunyai syarat sah dan batal seperti mana juga ibadah yang lain.
  6. Bekerja adalah cabang ibadah yang mesti disandarkan kepada Allah SWT untuk mendapat nilai ganjaran di Akhirat dengan syarat tidak mengorbankan ibadah teras (solat).

sumber: dicuplik dari e-mail

No comments: