Pengikut dan Ex-smgrian

Tuesday, November 29, 2011

Amalan-amalan sunat pada bulan Muharram


Muharram adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Mekah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

Pada asasnya, Muharram membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian, larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Mekah (al-Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

Hikmah membaca doa akhir tahun Hijrah adalah kita memperingati amalan-amalan pada tahun lalu, sama ada amalan yang membawa kebaikan mahupun amalan yang membawa kepada dosa lalu meminta ampun atas kesalahan-kesalahan serta meminta perlindungan Allah SWT daripada kejahatan syaitan dan manusia.

Manakala hikmah membaca doa awal tahun Hijrah pula adalah kita memperbaharui azam untuk melakukan kebaikan dan meminta kekuatan dan hidayah untuk melaksanakannya.


Doa akhir tahun

Dibaca tiga kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata:

"Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun."

Berikut adalah doa akhir tahun:


Maksudnya: “Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.

Ya allah, sesungguhnya pada tahun ini aku telah melakukan laranganMu tetapi aku masih belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu. Engkau telah menangguhkan azabMu yang telah ditetapkan kepadaku. Engkau telahmemerintah supaya aku bertaubat dari kesalahan itu. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan dariMu, ampunilah aku dan apa yang telah aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redai dan Engkau janjikan pahala maka aku memohonnya daripada Engkau. Ya Allah, Ya Karim, Ya Zaljalali Wal Ikram.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya. Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam”



Doa awal tahun

Dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.

Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata:

"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan."


Maksudnya: “Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.

Ya Allah, Engkaulahyang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihanMu yang Maha Agong dan kemurahanMu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun ini aku memohon kepadaM perlindungan daripada syaitan yang direjam, dari sekalan kuncunya, tenteranya dan penolongnya. aku juga memohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendoong ke arah kejahatan danmelalaikan dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diriku kepadaMu.

Selawat serta salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan paa sahabat. Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam”.



Amalan-amalan yang disunatkan pada bulan Muharram

Antara amalan yang disunatkan pada bulan Muharram:
  1. Berpuasa.  Maksud Hadis: "Barangsiapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharram pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun."  Maksud Hadis: "Barangsiapa berpuasa tiga hari dalam bulan Muharram, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun."
  2. Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
  3. Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijjah selepas Asar sebanyak tiga kali.
  4. Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas waktu Maghrib sebanyak tiga kali.


Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram):
  1. Melapangkan masa / belanja anak isteri.  Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
  2. Memuliakan fakir miskin.  Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
  3. Menahan marah.  Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
  4. Menunjukkan jalan yang betul kepada orang sesat.  Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
  5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim.  Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang diusapnya.
  6. Bersedekah.  Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tanpa berhenti dari kecil sehingga ia mati.  Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
  7. Memelihara kehormatan diri.  Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
  8. Mandi sunat.  Fadilatnya - tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu.  Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
  9. Bercelak.  Fadilatnya - tidak akan sakit mata pada tahun itu.
  10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000 kali. Fadilatnya - Allah akan memandangnya dengan pandangan rahmat di akhirat nanti.
  11. Sembahyang sunat empat rakaat.  Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya.  Lafaz niat "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala."  Pada rakaat pertama dan kedua selepas membaca al-Fatihah dibaca Qulhuwallah sebanyak 11 kali.
  12. Membaca "has biallahu wa nik mal wa keel, nik mal maula wa nik mannaseer."  Fadilatnya - tidak mati pada tahun ini, insya Allah.
  13. Menjamu orang berbuka puasa.  Fadilatnya - diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
  14. Puasa.  Niatnya - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala."  Fadilatnya - Diberi pahala seribu kali mengerjakan haji, seribu kali mengerjakan umrah dan seribu kali syahid dan diharamkanNya daripada api neraka.

Imej: Jain Mahmud
sumber: dicuplik daripada e-mail

No comments: