Pengikut dan Ex-smgrian

Tuesday, April 26, 2011

SMGR catat kejayaan lagi dalam bidang sukan

SMGR atau sekarang dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Gunung Rapat (SMKGR) sekali lagi mencatat kejayaan dalam bidang sukan.

Jika dahulunya di tahun 90'an SMGR sering mencatat kejayaan dalam sukan bolasepak namun kini masa telah berubah. Kejayaan yang baharu ini dicatat dalam sukan bowling.

Fatin Azmira Khairul Faizi, pelajar SMKGR telah berjaya menyumbangkan pingat emas untuk pasukan bowling Perak pada kejohanan Boling Tenpin Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) yang berlangsung di Ayer Keroh, Melaka pada 18 April 2011.

Pingat emas yang dimenangi oleh Fatin Azmira itu merupakan pingat emas yang keempat bagi pasukan Perak dan dimenangi untuk kategori individu perempuan bawah 18 tahun.

Selain daripada Fatin Azmira, pingat emas turut disumbangkan oleh Mohamad Farhan Mohd. Ismail daripada Sekolah Menengah King Edward VII, Taiping untuk tiga acara iaitu acara perseorangan, all events dan bergu lelaki bawah 15 tahun.

Untuk kategori bergu lelaki bawah 15 tahun, Mohamad Farhan memenanginya bersama Muhammad Farhan Azri Mohd Ariff juga daripada Taiping.

Semoga dengan kejayaan para pemain bowling SMGR akan menaikkan kembali imej SMGR sebagai sekolah sukan yang pernah disegani di negeri Perak suatu masa dahulu.

sumber: peraknews.com

No comments: