Maklumat yang diberikan ini hanyalah untuk makluman sahaja. Maklumat yang diberikan tidak sepatutnya digunakan untuk mengenal-pasti atau mengubati sebarang jenis penyakit. Sila rujuk kepada doktor atau ahli perubatan yang terlatih untuk tujuan mengenalpasti jenis penyakit dan rawatan yang bersesuaian.
Alzheimer ialah sejenis penyakit penurunan fungsi saraf otak yang kompleks. Penyakit Alzheimer adalah keadaan di mana daya ingatan seseorang merosot dengan teruknya dan Alzheimer bukanlah nyanyuk yang sinonim dengan proses penuaan. Bagaimanapun Alzheimer digolongkan dalam salah satu kategori nyanyuk atau dementia di mana penghidapnya akan mengalami masalah pertuturan, kewarasan, ingatan, pertimbangan, perubahan personaliti dan tingkah laku yang tidak terkawal. Berikut adalah 10 amaran awal penyakit Alzheimer sedang menyerang.
- Kerap terlupa terutama tentang kejadian-kejadian baru.
- Menghadapi masalah menjalankan tugas harian yang biasa dilakukan.
- Menghadapi masalah membuat keputusan yang tepat atau kerap membuat penilaian yang lemah.
- Menjadi keliru mengenai masa atau tempat-tempat yang biasa.
- Sukar mencari perkataan walaupun yang mudah atau kadang-kala menggunakan perkataan yang pelik untuk menerangkan sesuatu.
- Bertanya soalan yang sama berulang-kali.
- Kerap tersilap meletak barang.
- Tiada 'mood' dari masa ke masa tanpa sebab yang nyata.
- Menunjukkan perubahan dalam perwatakan - menjadi lebih sangsi, bimbang atau lebih bergantung kepada ahli keluarga.
- Hilang minat untuk menjalankan aktiviti-aktiviti biasa atau menjadi terlalu pasif dan tidak bermotivasi.
Jika anda atau orang yang anda sayangi menunjukkan gejala-gejala tersebut, ia mungkin penyakit Alzheimer. Segeralah ke hospital atau pusat rawatan kesihatan yang berhampiran untuk pemeriksaan lanjut.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang penyakit Alzheimer, layari www.alz.org ataupun www.adfm.org.my
No comments:
Post a Comment