Pengikut dan Ex-smgrian

Friday, March 11, 2011

Sukhoi SU-30 MKM


Sukhoi SU-30 MKM merupakan pesawat pejuang dua tempat duduk keluaran syarikat KnAAPO dan IRKUT yang bernaung di bawah kumpulan Sukhoi Aviation Corporation.

MK atau Modernizirovannyi Kommercheskiy dalam bahasa Rusia bermaksud Komersial Dimodenkan manakala huruf M di hujungnya merupakan kod negara Malaysia.

Ia menggunakan sistem enjin TVC (Thrust Vectoring Control) dan dua sayap kecil di sisi tempat duduk juruterbang dipanggil Canard, bagi pergerakan paling maksimum di udara.

Turut memiliki alat pemanduan automatik pada semua keadaan penerbangan aras rendah mengikut permukaan bumi, tempur individu dan berkumpulan menentang sasaran udara, permukaan darat atau laut.

Berupaya terbang selaju Mach 2 atau 2,450 kilometer sejam.

Tempat letak senjata di bawah perut pesawat mampu membawa pelbagai jenis senjata dan peralatan seberat 12 tan.


Pada 7 Februari 2011, Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin telah melakar sejarah sebagai raja pertama di dunia terbang dengan pesawat pejuang Sukhoi SU-30 MKM di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Butterworth.

Seri Paduka telah dibawa terbang daripada Butterworth ke Pulau Langkawi selama 50 minit oleh Pegawai Pemerintah 11 Skuadron Sukhoi, Kolonel Mohd. Asghar Khan Goriman Khan.

Sumber: Kosmo!

No comments: