Pengikut dan Ex-smgrian

Monday, March 28, 2011

Ramalan Cuaca


Pejabat Ramalan Pusat (CFO) di Ibu Pejabat Meteorologi di Petaling Jaya telah ditubuhkan pada 15 Jun 1997. CFO beroperasi 24 jam sehari dan 365 hari setahun, membekalkan perkhidmatan ramalan cuaca am yang menyeluruh kepada media massa dan orang awam. CFO dikendalikan oleh sejumlah 20 orang kakitangan bertugas mengikut giliran.


Apakah fungsi Pusat Ramalan Cuaca?

Pusat Ramalan Cuaca bertanggungjawab membekalkan semua perkhidmatan ramalan dan amaran cuaca serta keadaan laut kepada orang ramai, agensi-agensi sebaran am dan agensi swasta.

Pusat Ramalan Cuaca juga bertanggungjawab membekalkan perkhidmatan meteorologi seperti berikut:
  • Membekal ramalan cuaca jangka pendek untuk seluruh negara.
  • Membekalkan ramalan jangka pendek untuk bandar-bandar utama dan tempat-tempat peranginan utama dalam negara.
  • Membekalkan ramalan cuaca khas mengikut keperluan pelanggan.
  • Memantau keadaan cuaca seluruh negara dan mengeluarkan amaran dan nasihat cuaca buruk jika perlu.
  • Menjawab semua pertanyaan mengenai cuaca.
  • Membekalkan tinjauan cuaca.


Proses Ramalan Cuaca
  • Pemantauan Pencerapan Satelit - Menentukan lokasi, jenis dan pergerakan awan hujan serta mengenal pasti kawasan tekanan rendah, lekukan tropika, ribut tropika, taufan serta arah pergerakannya.
  • Pencerapan Radar - Menentukan lokasi dan pergerakan intensiti hujan.
  • Pencerapan Udara Atas - Menganalisa arah dan kelajuan angin dan menentukan kestabilan atmosfera.
  • Analisis - Menganalisa keadaan cuaca yang lepas.
  • Model Ramalan Angin - Meramalkan kelajuan dan arah angin dan meramalkan kawasan-kawasan pencapahan dan penumpuan angin.
  • Model Ramalan Cuaca Numerikal - Meramalkan keadaan cuaca, angin pada pelbagai paras ketinggian dan suhu untuk beberapa hari yang akan datang.


Pengeluaran Ramalan

Antara ramalan yang dikeluarkan oleh Pusat Ramalan Meteorologi adalah:
  • Ramalan Cuaca Am bagi bandar-bandar utama untuk selama 7 hari.
  • Khidmat Nasihat/Amaran Cuaca Ekstrem


Cuaca dan Monsun

Banjir: Monsun Timur Laut (November - Mac)

Banjir kilat: Monsun Peralihan (April - Mei) dan (Oktober - November)

Jerebu: Monsun Barat Daya (Mei - September)

Monsun Timur Laut (November - Mac) membawa hujan lebat terutamanya negeri-negeri di pantai timur Semenanjung Malaysia dan barat Sarawak.

Monsun Barat Daya (Mei - September) secara relatifnya adalah lebih kering manakala Monsun Peralihan (April - Mei dan Oktober - November) adalah waktu peralihan di antara dua monsun tersebut.


Penyebaran Ramalan dan Amaran Cuaca dan Keadaan Laut.

Terdapat tiga cara untuk penyebaran ramalan, amaran cuaca dan keadaan laut iaitu:
  • Melalui SMS
  • Melalui laman web www.met.gov.my
  • Melalui media massa seperti radio, tv dan akhbar.
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

No comments: