Pengikut dan Ex-smgrian

Thursday, March 31, 2011

Kesan melecur


Menurut pakar, terbakar dan melecur adalah kes serius.

Selain kesakitan dan kecederaan serius, melecur juga boleh meninggalkan parut yang kekal.

Tisu kulit manusia terbakar disebabkan oleh haba panas, bahan kimia, radiasi atau arus elektrik berkuasa tinggi.

Melecur pula disebabkan oleh haba lembap seperti wap air atau minyak panas.

Renjatan elektrik juga boleh menyebabkan kerosakan sekiranya terlalu banyak arus elektrik melalui tubuh.

Tulang yang terdapat dalam tubuh manusia boleh berfungsi sebagai pengalir seramik dan juga elemen pemanas yang menyebabkan pelbagai kecederaan akibat haba.

Kulit kering adalah pengalir elektrik tidak baik namun keadaan menjadi sebaliknya apabila kulit berpeluh dan menjadi lembap.

Sekiranya aliran elektrik itu rendah kesannya tidak terlalu kritikal tetapi jika alirannya tinggi, banyak kerosakan boleh berlaku seperti sistem saraf, degupan jantung, otot dan paru-paru.

Jika kadar voltannya amat tinggi, ia meningkatkan suhu badan dengan pantas dan boleh menyebabkan maut.

Penilaian asas dan rawatan bergantung kepada betapa serius kesannya pada tubuh manusia.

Pakar perlu menilai terlebih dahulu sekitar permukaan kulit yang terjejas.

Apabila melecur dan kulit rosak, ia terdedah dengan risiko jangkitan kerana fungsinya sebagai penghalang jangkitan sudah hilang.

Tubuh tidak mampu lagi mengawal suhu badan, kehilangan banyak air dan pesakit boleh mengalami dehidrasi dengan cepat.

Kawasan permukaan yang terjejas itu penting bagi membolehkan pakar mengetahui berapa banyak cecair yang diperlukan pesakit.

Terdapat formula yang digunakan oleh pakar untuk mengira secara kasar berapa banyak cecair yang diperlukan pesakit pada peringkat awal melecur.

Pakar juga perlu mengambil perhatian akan tindak balas pesakit, keadaan tekanan darah, jumlah air kencing, jumlah cecair yang perlu diberikan, keperluan menstabilkan pesakit untuk mengurangkan kesakitan dan mengawal suhu.

Terdapat pelbagai cara untuk merawat kulit melecur dan ia bergantung kepada berapa dalam luka yang diakibatkan oleh lecuran tersebut.

Pengurusan trauma akibat luka terbakar dan melecur adalah sangat rumit dan khusus.

Ia memerlukan pelbagai kepakaran dari pelbagai bidang seperti pakar bedah plastik, ahli psikologi, fisioterapi, pakar diet, pakar paru-paru dan pelbagai lagi disiplin perubatan.


TIGA TAHAP TERBAKAR

Tahap pertama: Kecederaan terbakar dan melecur pada bahagian kulit luar sahaja dan membabitkan bahagian epidemis selain rasa sakit.

Tahap kedua: Kecederaan sampai ke tisu dan otot-otot. Ia disebabkan oleh lapisan atas otot dan lapisan atas kulit musnah. Kulit kelihatan kemerahan dan menggelembung serta terasa sangat sakit.

Tahap ketiga: Terbakar sampai ke tulang. Kulilt kelihatan merah, melepuh dan isinya kelihatan kehitaman seperti arang. Ini disebabkan epidermis, dermis dan lapisan sel yang membentuk kulit mengandungi folikel bulu roma dan saraf telah musnah. Ia juga boleh menyebabkan anggota dalaman terjejas dan boleh membawa maut.

sumber: Berita Minggu

No comments: