Pengikut dan Ex-smgrian

Tuesday, February 15, 2011

Lukisan Toyism


Toyism merupakan satu aliran baru dalam karya seni lukis.

Sejarahnya bermula di Belanda sejak tahun 1992 selepas diperkenalkan oleh seorang pelukis yang menggunakan nama samaran Dejo di sebuah tempat bernama Veenmuseum.

Stail lukisan aliran itu diterjemahkan dengan penuh imaginasi atau bersifat kiasan dan bukannya objek abstrak yang memfokuskan aspek kehidupan alam dan manusia semata-mata.

Manifesto lukisan tersebut lebih mendominasikan garis panduan seperti warna kontras dan luahan kreativiti pelukis.

Setiap Toyist akan memilih satu ikon untuk diluahkan dalam seni lukisan mereka.

Satu perkara yang unik dan dianggap misteri dalam kesenian itu ialah semua pelukis aliran Toyism akan menggunakan topeng muka ketika berkarya di depan khalayak.

Perkara ini termasuk dalam salah satu etika yang perlu dipatuhi oleh semua Toyist.

Jika prinsip tersebut dilanggar, seseorang itu boleh digugurkan daripada kumpulan seni Toyism.

Setiap Toyist mempunyai satu boneka yang melambangkan imej masing-masing.

Selain Dejo, Toyist yang lain dikenali sebagai Amukek, Bogha, Cluv, Fihi, Glass, Iqoy, Jaf'r, Knafoe, Mwano, Pixy, Roq, Srylyn, Toescat, UUIUU, Xippez, Eliz dan Zigowst.

Semua Toyist berasal dari negara yang berbeza seperti Belanda, Malaysia, Mexico, Uganda dan Amerika Syarikat.

Dalam seni Toyism, setiap lukisan yang dihasilkan mempunyai mesej dan identiti tersendiri.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang seni Toyism, klik sini

Sumber: Kosmo!

No comments: