Pengikut dan Ex-smgrian

Thursday, January 27, 2011

Foo Choong Nyit


Foo Choong Nyit dilahirkan pada tahun 1860 di sebuah pekan bernama Ying Dong dalam wilayah Fujian (sebelum itu dikenali sebagai Fuzhou) di negara China. Beliau tiba di Pulau Pinang ketika berusia 14 tahun dan bekerja di sebuah kedai.

Pada tahun 1877 beliau telah berhijrah ke Ipoh dan menjadi pelombong bijih timah. Ketika berusia 30 tahun pada 1890, beliau telah memulakan perniagaan bijih timahnya sendiri di Batu Gajah dan turut memegang saham untuk beberapa syarikat perlombongan di kawasan Pusing, Tg. Tualang, Ipoh dan Menglembu.

Beliau juga menjadi Pengurus Besar untuk Foo Brothers Hydraulic Gold Mine, Syarikat Fook Ban San dan Fook Ban Foh Tin Mines.

Beliau juga adalah bekas Presiden Perak Chinese Maternity Association, Penasihat kepada Perak Chinese Chamber of Commerce dan Ahli Jawatankuasa Perak Chinese Protectorate.

Beliau telah dilantik sebagai Jaksa Pendamai pada tahun 1936. Pada tahun 1937 beliau bersama-sama Foo Nyit See dan Chang Chong Siew telah menyumbangkan 7 ekar tanah di Jalan Kampar untuk membina sebuah hospital. Hospital tersebut diberi nama Perak Chinese Maternity Hospital. Beliau juga merupakan pengasas kepada Persatuan Hakka Perak atau dikenali juga sebagai Perak Khek Community Association. Foo Choong Nyit meninggal dunia pada tahun 1937.

Sumber: Ipoh Echo

No comments: