Pengikut dan Ex-smgrian

Wednesday, December 2, 2009

Tokong Sam Poh Tong dan Tokong Paloh Ku Miew


Tokong Sam Poh Tong (imej dari www.malaysia-travel-info.com)

Tokong Sam Poh Tong terletak di sebuah gua terkenal di Gunung Rapat, kira-kira 5 kilometer ke selatan bandaraya Ipoh.

Ada yang mengatakan ia adalah tokong terbesar di Malaysia yang mempamerkan hasil seni mengagumkan dari arca-arca Buddha yang terletak di antara bongkah-bongkah stalaktit dan stalagmit di dalam gua.

Bahagian hadapan tokong yang ada sekarang wujud sejak tahun 1950-an dan tangga yang mempunyai 246 anak tangga akan membawa pengunjung ke sebuah gua terbuka yang mempunyai pemandangan bandaraya Ipoh dan persekitarannya yang amat menarik.

Tokong Paloh Ku Miew ialah tokong tertua di Ipoh yang menyembah Tai Pak Koong iaitu dewa tempatan yang melindungi kaum Cina ketika mereka mula-mula menetap di Ipoh.

Antara penyumbang utama kepada tokong ini ialah Yau Tet Shin, pelombong yang sangat terkenal pada masa itu dan tokong ini dapat dilihat daripada jambatan Hugh Low Street (Jalan Sultan Iskandar) yang memisahkan pekan baru dengan pekan lama Ipoh.

Sumber: Sinar Harian

No comments: