Pengikut dan Ex-smgrian

Tuesday, December 1, 2009

Kampung Manjoi


Pintu gerbang mengucapkan selamat datang ke Gugusan Manjoi (imej dari www.manjoi.com.my)

Manjoi dikenali juga sebagai Gugusan Manjoi dan ia terbahagi kepada beberapa kawasan atau kampung antaranya Kampung Manjoi, Kampung Tengku Hussien, Kampung Sungai Tapah Seberang, Kampung Datuk Ahmad Said Tambahan 2, Jelapang Jaya, Kampung Datuk Ahmad Said Tambahan 1, 3 dan Kampung Sungai Tapah Tambahan.

Manjoi hari ini adalah sebuah penempatan Melayu terbesar di Malaysia dimana peratusan penduduknya bekerja atau mempunyai perniagaan di sekitar bandar raya Ipoh dan banyak pelan perancangan untuk membangunkan Manjoi berjaya diusahakan.

Berbanding dengan dekad yang lampau, Manjoi telah banyak berubah selari dengan arus pembangunan negara.

Jika dahulunya ramai penduduk tinggal di bawah paras kemiskinan, tetapi sekarang penduduk Manjoi mampu meraih kesenangan dengan cara hidup yang lebih maju serta setanding dengan penduduk lain di persekitaran.

Sumber: Sinar Harian

No comments: