Pengikut dan Ex-smgrian

Tuesday, December 1, 2009

Changkat Jering



 Changkat Jering adalah sebuah perkampungan yang terletak di antara persimpangan Air Kuning Terong dan arah ke Taiping.

Ia menjadi pekan sejak zaman British menjajah Malaya pada masa Perang Dunia Pertama dahulu dan sehingga sekarang.

Sejarahnya agak menarik kerana antara perjalanan ke bandar warisan Taiping dan juga ke Bandar DiRaja Kuala Kangsar serta persimpangan ke pulau peranginan Pulau Pangkor daerah Sitiawan.

Di pekan kecil itu terdapat juga bangunan sekolah lama yang pertama di mukim Bukit Gantang dan juga menjadi muzium.

Ia juga dikelilingi kawasan bukit yang mengeluarkan hasil hutan seperti buah-buahan.  Changkat Jering juga mempunyai dua sekolah menengah, klinik serta balai polis dan juga beberapa kawasan perumahan kos sederhana.

Sumber: Sinar Harian

No comments: