Pengikut dan Ex-smgrian

Friday, November 13, 2009

Tasik Kubang Aji

Tasik Kubang Aji terletak di Kampung Tanjung Dedalu dalam mukim Blanja Parlimen Parit.

Tasik itu menyimpan pelbagai khazanah ikan air tawar yang menjadi tarikan kepada kaki-kaki pancing sekitar daerah Perak Tengah.

Tasik itu juga berpotensi untuk dimajukan sebagai kawasan rekreasi yang boleh menarik pengunjung untuk mengadakan aktiviti berakit ataupun sukan air selain kawasan memancing dan tempat penternakan air tawar.

Malah kawasan itu juga sesuai dijadikan pusat pelancongan bagi menarik pelancong luar menikmati keindahan suasana kampung.

Secara tidak lansung akan membantu menjana ekonomi penduduk kawasan itu yang kebanyakannya bergantung kepada sumber pertanian.

Sumber: Sinar Harian

No comments: