Pengikut dan Ex-smgrian

Tuesday, November 17, 2009

Rambut petunjuk tekanan



NEW YORK: Keadaan seseorang yang tertekan boleh diketahui menerusi penampilan kulit, rambut dan kuku kerana ia bertindak sebagai petunjuk luaran.

Ketika umum mengetahui tekanan boleh menjejaskan fizikal dan psikologi, penyelidik di Amerika Syarikat melancarkan satu kajian baru dan mendapati ia juga boleh menyebabkan masalah dermatologi seperti jerawat, kuku rapuh malah keguguran rambut, lapor ScienceDaily.

"Apabila seseorang tertekan, paras hormon tekanan tubuh meningkat. Ia menyebabkan peningkatan dalam pengeluaran minyak, yang membawa kepada kulit berminyak, jerawat dan masalah kulit lain.

"Tekanan boleh memburukkan kulit dan mencetuskan penonjolan jerawat secara tiba-tiba, yang sebenarnya, menambah lagi tekanan kepada pesakit," ketua penyelidik, Dr Flor A Mayoral dari Fakulti Perubatan Miller di Universiti Miami dipetik sebagai berkata.

Dr Mayoral dan pasukannya membuat rumusan itu selepas menganalisis hasil kajian, membabitkan 27 penuntut perubatan, pergigian dan farmasi.

Penyelidik memeriksa bagaimana tempoh tekanan tertinggi memberi impak tindak balas kulit kepada tindakan berulang kali menanggalkan pita pelekat pada lengan subjek menentang tempoh paras tekanan rendah seperti selepas kembali dari percutian musim sejuk.

- Agensi

No comments: